Kerjaya
Bina kerjaya bersama kami. Kami menawarkan kerja kosong seperti berikut:
Sertai Kami
Senior Krew Servis
Junior Krew Servis
Tukang Masak Kanan (Senior Cook)
Krew Dapur (Kitchen Crew)
Krew Pembuat Minuman (Beverage Crew)
Berminat?
Sertai Kami
Restoran Hidang KL, merupakan sebuah restoran penyedia makanan citarasa Malaysia yang diuruskan oleh HIDANG HOLDING SDN BHD mempelawa anda yang berminat menyertai dan maju bersama kami untuk memenuhi jawatan-jawatan yang tertera di bawah.
Lokasi tempat kerja: 20 Jalan Mesra Off Jalan Damai, 55000 Kuala Lumpur.
Senior Krew Servis
- 2 kekosongan (sepenuh masa)
- Kadar gaji pokok antara RM2800 – RM3500 mengikut pengalaman tidak termasuk elaun-elaun & bonus
- Pengalaman bekerja di Hotel adalah digalakkan memohon
- Antara skop kerja, melibatkan penyediaan meja, memastikan kebersihan ruang makan, mengalukan kedatangan pelanggan, mengambil tempahan makanan di meja pelanggan, memasukkan tempahan ke dalam Sistem Pos, menghidangkan makanan & minuman, mengambil maklumat pelanggan, mengambil bayaran, dan memantau Junior Krew Service di bawahnya
Junior Krew Servis
- 4 kekosongan (sepenuh masa)
- Kadar gaji antara RM1800 – RM2500 mengikut pengalaman tidak termasuk elaun-elaun & bonus
- Pengalaman bekerja sebagai Krew Service adalah digalakkan memohon
- Antara skop kerja, melibatkan penyediaan meja, memastikan kebersihan ruang makan, mengalukan kedatangan pelanggan, mengambil tempahan makanan di meja pelanggan, memasukkan tempahan ke dalam Sistem Pos, menghidangkan makanan & minuman dan mengambil bayaran
Tukang Masak Kanan (Senior Cook)
- 2 kekosongan (sepenuh masa)
- Kadar gaji antara RM3000 – RM3700 mengikut pengalaman tidak termasuk elaun-elaun & bonus
- Pengalaman mengendalikan menu masakan melayu adalah digalakkan memohon
- Antara skop kerja, melibatkan penerimaan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan, memasak, mempersembah makanan mengikut standard yang ditetapkan, memastikan kebersihan dapur dan memantau Krew Dapur di bawahnya.
Krew Dapur (Kitchen Crew)
- 3 kekosongan (sepenuh masa)
- Kadar gaji antara RM2000 – RM2700 mengikut pengalaman tidak termasuk elaun-elaun & bonus
- Pengalaman bekerja di dapur adalah digalakkan memohon
- Antara skop kerja, melibatkan penyediaan bahan mentah, membantu Tukang Masak Kanan, mempersembahkan makanan mengikut standard yang ditetapkan, memastikan kebersihan dapur dan kerja pembasuhan
Krew Pembuat Minuman (Beverage Crew)
- 1 kekosongan (sepenuh masa)
- Kadar gaji antara RM2000 – RM2700 mengikut pengalaman tidak termasuk elaun-elaun & bonus
- Pengalaman bekerja mengendalikan kaunter minuman adalah digalakkan memohon
- Antara skop kerja, melibatkan penyediaan minuman, mempersembahkan minuman mengikut standard yang ditetapkan, memastikan kebersihan dan kerja pembasuhan
Berminat?
Nyatakan jawatan yang dipohon dan hantarkan resume ke
Email: hidangkl@gmail.com atau
Whatsapp: 010-2194024 (Encik Shahrul)